Monday, February 2, 2009

9 Association telah menyertai FORUM

Sembilan persatuan etnik Orang Ulu telah menyertai dan menjadi ahli kepada Federation of Orang Ulu Association Sarawak, Malaysia (FORUM). Presiden FORUM ialah Yb Lihan Jok Ahli DUN Telang Usan. Persatuan-persatuan Orang Ulu yang telah menyertai FORUM adalah seperti berikut;
  1. BERAWAN ASSOCIATION SARAWAK
  2. BISAYA ASSOCIATION SARAWAK
  3. LAKIPUT ASSOCIATION SARAWAK
  4. KAYAN ASSOCIATION SARAWAK
  5. KENYAH NASIONAL ASSOCIATION SARAWAK
  6. RURUN KELABIT SARAWAK
  7. LUN BAWANG ASSOCIATION SARAWAK
  8. SABAN KOMMUNITY ASSOCIATION SARAWAK dan
  9. PENAN COMMUNITY DEVELOPMENT ASSOCIATION SARAWAK
Walau bagaimanapun Punan National Association (PNA) masih belum bersedia menyertaan FORUM tersebut.

Kini terdapat dua Association bagi etnik-etnik Orang ULu bernaung selepas Orang Ulu National Association (OUNA).

Perbezaan kedua-dua Association ini adalah, keahlian OUNA adalah untuk individu manakala FORUM keahliannya kepada persatuan-persatuan etnik orang ulu. Tetapi fungsi kedua-dua association ini adalah sama, iaitu bagi kebajikan dan kepentingkan etnik Orang Ulu Sarawak.

Baru-baru ini, pada 10 dan 11 Januari FORUM bersama delagasinya melawat Kampung-kampung Orang Ulu di Sungai Asap, Belaga untuk menyampaikan informasi dan potensi projek SCORE bagi etnik orang ulu di Sarawak.

* orang ulu ialah nama kumpulan etnik di negeri Sarawak selain daripada etnik Melayu, Melanau, cina, bidayuh dan iban.

Sunday, January 25, 2009

Gambar di sekitar Konvensyen "Petukung' PNA 2009

(Presiden PNA, Sayang Kavang menyampaikan Ucaptama Konvensyen)

(Para peserta konvensyen)

(En. Paran, Presiden PNA Cawangan SIbu menyampaikan cenderamata kepada Presiden PNA, En Sayang Kavang)



Wednesday, January 7, 2009

deConnexion.com Menawarkan Perkhidmatan Internet Wi-fi Percuma

Danawa Resources Sdn. Bhd melalui produknya deConnexion.com menawarkan perkhidmatan Internet Wi-Fi percuma seluruh negeri Sarawak.

Sehingga kini bandar yang terlibat dalam perkhidmatan ini adalah Kuching, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Miri. Bintulu, Limbang dan Kapit masih belum menerimah perkhidmatan ini.

Konvensyen "Petukung" PNA 2009


Peserta yang dicadangkan adalah terdiri daripada Majlis Tertinggi PNA dan 4 wakil setiap 17 Cawangan PNA seluruh negara.

Objektif konvensyen ini adalah untuk menghimpun pemimpin PNA seluruh negara bagi menghasilkan satu RESOLUSI dasar Pembangunan PNA. Antara isu yang dibincangkan adalah POLITIK, EKONOMI, SOSIAL dan PENDIDIKAN. Isu-isu ini akan dikubas berdasarkan persekitaran semasa kaum PUNAN di Malaysia. Isu-isu ini merupakan cabaran PNA yang perlu ditempuhi untuk pembangunan masyarakat PUNAN.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Encik Donny (013-8230155)& Encik Paran (0198183367)

HARAP MAKLUM.

Bengkel Pemantapan Hala Tuju PNA 2008 DITANGGUHKAN

Bengkel Pemantapan & Hala Tuju PNA 2008 telah ditangguhkan sehingga tarikh yang akan ditetapkan oleh Majlis Tertinggi PNA. Harap Maklum.