Friday, June 6, 2008

Sejarah Ringkas Penubuhan PNA

  • Idea awal penubuhan pertubuhan Persatuan Punan oleh En. Sayang Kavang pada tahun 1980
  • Rentetan idea, disambut begitu baik oleh En. Salim Paid an sekaligus mengilhamkan idea untuk menggumpulkan warga punan yang ada di sekitar kuching.
  • Pada 2 Julai 2005, saya berusaha menggumpulkan warga Punan yang ada di Kuching, kemudian melangsungkan mesyuarat pertama di Hotel Telang usan, Kuching.
  • Mesyuarat tersebut dihadiri seramai 22 orang. Kehadiran ada disertakan pada minit mesyuarat Persatuan yang pertama
  • Cadangan pertama nama persatuan adalah seperti;
  1. Persatuan Kebangsaan Punan Malaysia (PKPM)
  2. Persatuan Punan Sarawak (PPS)
  3. Persatuan Kebangsaan Punan (PNA)
  4. Suara ramai mempersetujui - PNA
  • Sebaik sahaja selepas mesyuarat, langkah seterusnya menulis kertas cadangan PNA.
  • Setelah lengkap barulah menghantar dokumen surat PNA pada 14 September 2005
  • Kemudian menulis surat susulan ke ROS pada 01 Ogos 2006
  • Menulis surat susulan ke ROS pada 11 Oktober 2006
  • Menulis surat susualan ke ROS pada 11 November 2006
  • Pada 18 Mei 2006, PNA ditolak atas dasar tidak mempunyai syarat- syarat bahawa keahlian persatuan untuk peringkat kebangsaan mestilah dianggotai dari 7 negeri yang berbeza. Surat tersebut berujukan (PPP/SWK.170/05/(5)), (PPM/ SWK. 2179/05(2)
  • Pada 3 julai 2006, surat tergempar atas memberi maklum balas surat dari ROS yang berujukan (PPM/ SW 2179/05(2)).
  • Sebaik sahaja surat tersebut dihantar sebulan kemudian, surat susulan juga dihantar ke ROS (putra Jaya)
  • Akhirnya, PNA diluluskan oleh ROS pada 16 Januari 2007.
  • Lantaran itu PNA HQ Kuching menghantar wakil PNA Putra Jaya untuk mengambil sijil pendaftaran PNA pada 23 Januari 2007.