- Mengeratkan hubungan antara cawangan dengan ibu pejabat PNA. Dengan hubungan yang erat ini akan memperkukuhkan institusi dan kepimpinan PNA agar dihormati oleh komuniti yang lain dan ahli-ahlinya.
- Menjadikan PNA sebagai platform tunggal bagi Komuniti Punan untuk menyuarakan kemahuan, keinginan, masalah dan sebagainya. Sebagai satu wadah untuk meuar-uarkan pencapaian Punan kepada masyarakat umum.
- Memperkukuhkan semangat perpaduan di kalangan komuniti Punan tidak mengirakan perbezaan kampung, tempat, agama dan sebarang halangan seumpmanya.
- Menjadikan PNA sebagai sumber informasi dan menjadi perwakilan komuniti Punan dengan agensi kerajaan, Ngo’s, Persatuan-Persatuan dan agensi lain yang berkaitan.
- Menjalinkan hubungan yang baik dengan agensi kerajaan, Ngo’s, Persatuan-Persatuan dan agensi lain yang berkaitan.
- Menyokong penuh kepada mana-mana pemimpin komuniti Punan yang telah berjaya dalam mana-mana jawatan politik seperti Pemanca, Penghulu, Counselor dll.
- Bekerjasama dengan kepimpinan ketua kampung dalam meningkatkan mutu pentadbiran dan kemajuan kampung.
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
-
MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan,
rantau Asia Tenggara akan membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai
Komuniti...
10 years ago