Monday, February 2, 2009

9 Association telah menyertai FORUM

Sembilan persatuan etnik Orang Ulu telah menyertai dan menjadi ahli kepada Federation of Orang Ulu Association Sarawak, Malaysia (FORUM). Presiden FORUM ialah Yb Lihan Jok Ahli DUN Telang Usan. Persatuan-persatuan Orang Ulu yang telah menyertai FORUM adalah seperti berikut;
  1. BERAWAN ASSOCIATION SARAWAK
  2. BISAYA ASSOCIATION SARAWAK
  3. LAKIPUT ASSOCIATION SARAWAK
  4. KAYAN ASSOCIATION SARAWAK
  5. KENYAH NASIONAL ASSOCIATION SARAWAK
  6. RURUN KELABIT SARAWAK
  7. LUN BAWANG ASSOCIATION SARAWAK
  8. SABAN KOMMUNITY ASSOCIATION SARAWAK dan
  9. PENAN COMMUNITY DEVELOPMENT ASSOCIATION SARAWAK
Walau bagaimanapun Punan National Association (PNA) masih belum bersedia menyertaan FORUM tersebut.

Kini terdapat dua Association bagi etnik-etnik Orang ULu bernaung selepas Orang Ulu National Association (OUNA).

Perbezaan kedua-dua Association ini adalah, keahlian OUNA adalah untuk individu manakala FORUM keahliannya kepada persatuan-persatuan etnik orang ulu. Tetapi fungsi kedua-dua association ini adalah sama, iaitu bagi kebajikan dan kepentingkan etnik Orang Ulu Sarawak.

Baru-baru ini, pada 10 dan 11 Januari FORUM bersama delagasinya melawat Kampung-kampung Orang Ulu di Sungai Asap, Belaga untuk menyampaikan informasi dan potensi projek SCORE bagi etnik orang ulu di Sarawak.

* orang ulu ialah nama kumpulan etnik di negeri Sarawak selain daripada etnik Melayu, Melanau, cina, bidayuh dan iban.