Friday, December 26, 2008

SELAMAT HARI KRISMAS DAN TAHUN BARU 2009


SELAMAT HARI KRISMAS OPUN BALA TOPAT JIK NYABUT....
UNAN SELAMAT TO'UN BARU 2009.
"UMUM GAYU, SENEANG LATANG, MURA REZEKI"
"JIK KAYO JIK TUJU"

Thursday, November 20, 2008

Projek bekalan elektrik di Kapit RM1.29 juta

UTUSAN MELAYSIA: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sedang melaksanakan projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) bernilai RM1.29 juta di Kapit, Sarawak.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu Belaun berkata, projek itu bakal memberi manfaat kepada 255 buah rumah di kawasan tersebut.
''Setakat ini, proses reka bentuk sedang dijalankan dan dijangka siap Oktober tahun depan," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit) mengenai projek infrastruktur asas yang telah diluluskan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi kawasan Kapit pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau memberitahu, bagi projek jalan pula, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM50.60 juta bagi membina jalan di laluan sepanjang 18.20 kilometer.

''Buat masa ini, proses perolehan sedang dilaksanakan dan dijangka kerja-kerja pembinaan
dapat dimulakan pada Februari 2009," ujarnya.

Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan Alexander mengenai dasar kementerian berhubung bekalan elektrik di rumah panjang, beliau berkata, kerajaan tidak dapat melaksanakan bekalan kemudahan itu melalui grid antara lima hingga 10 tahun.

Joseph berkata, sebagai bekalan alternatif, kerajaan menggunakan sistem solar, winterbind
minihidro dan microhidro bagi menyalurkan kemudahan tersebut.

''Bagaimanapun, sekiranya kesemua sistem itu masih tidak boleh dilaksanakan, kita akan
membenarkan bekalan elektrik disalurkan melalui set sistem generator," jelasnya.

Saturday, November 8, 2008

Tema dan Perspektif Keruangan dalam Geografi : Kajian Kes Kampung (Rumah Panjang) Punan Bah, Belaga, Sarawak.

Kelovi Punan Bah: Geografi memberi pandangan asas tentang dunia tempat tinggal kita dan cara manusia mengorganisasikan ruang. Alexander von Humboldt dan Carl Ritter yang terkenal sebagai bapa geografi fizikal dan manusia pernah mengatakan bahawa tugas yang paling wajar bagi ahli geografi ialah penerangan dunia sebagai tempat kediaman manusia (Pangiras Micheal: 1994: 10). Perspektif keruangan pula adalah suatu unsur yang amat penting untuk memahami segala kegiatan manusia yang berlaku di permukaan bumi dan juga untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan tersebut (Chan Ngai Weng et.al. : 1993: 88). Sifat-sifat keruangan menarik minat ahli geografi untuk mengkaji bagaimana tempat, barang, orang, benda dan sebagainya berada, terorganisasi dan tersusun di muka bumi. Minat geografi terhadap aspek ruang membawa ahli geografi kepada pertanyaan asas geografi seperti “why of where”, kenapa dan bagaimana sesuatu boleh berlaku di sesuatu tempat dan menghasilkan sesuatu pola atau bentuk? Bagaimana sesuatu boleh berada di sesuatu tempat dan tidak di tempat lain? Sejauh manakah sesuatu yang berbeza di sesuatu tempat boleh mempengaruhi tempat lain? Pertanyaan asas geografi inilah yang akan membantu kita untuk memahami dunia kita (De Blij & Murphy: 2003: 5-7).
MAKLUMAN LANJUT...... KLIK SINI.

Thursday, November 6, 2008

"wayang pacak" kembali di Kapit

KELING MENUA: Datuk Ahmad Shabery Cheek baru-baru ini melawat Pekan Kapit bagi majlis perasmian "Layar Bestari" yang antara lainnya memperkenalkan semula "wayang pacak", satu acara tayangan wayang gambar oleh Jabatan Penerangan untuk orang ramai.

Semasa lawatan tersebut Ahmad Shabery berjanji akan membantu masyarakat tempatan dalam permohonan mendapatkan keperluan asas seperti jalan raya, liputan Internet dan siaran radio dan televisyen yang lebih baik. Katanya acara wayang pacak itu boleh diadakan di kawasan pedalaman lain di Sarawak seperti di Belaga atau di Pensiangan di Sabah.
Rombongan Ahmad Shabery termasuk Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Datuk Kamaruddin Siaraf dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Abdullah Murad. Anggota Parlimen Kapit, Alexander Nanta Linggi, yang merupakan cucu Jugah, menghargai lawatan Ahmad Shabery itu kerana menteri berkenaan sanggup mengharungi perjalanan yang agak sukar untuk sampai ke Kapit.

Obama Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat

UTUSAN MALAYSIA: Barack Obama, hari ini memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS), sekali gus mencipta sejarah sebagai Presiden kulit hitam pertama AS dalam tempoh 232 tahun sejak negara itu mencapai kemerdekaan dari Britain.

Obama, 47, yang mewakili Parti Demokrat mengetepikan pencabar kuat daripada Parti Republikan, John McCain dengan membolot 349 undi Badan Perwakilan Pemilih (BPP) di seluruh negara melepasi undi minimum sebanyak 270 undi BPP bagi melayakkan seseorang calon untuk diisytihar menang bagi menduduki White House.

McCain yang bergandingan dengan Gabenor Alaska, Sarah Heath Palin sebagai calon Naib Presiden hanya memperoleh 163 undi BPP.

Monday, November 3, 2008

Bengkel Pemantapan Hala Tuju PNA 2008

Majlis Tertinggi PNA bercadang untuk mengadakan Bengkel Pemantapan Hala Tuju PNA pada 20 Disember 2008 bertempat di Bahagian Sibu. Tujuan diadakan bengkel ini adalah untuk berbincang dan berkongsi pandangan/ pengetahuan bagi memantap hala tuju PNA dalam pembangunan komunti PUNAN.

Dicadangkan 4 kertas perbentangan akan dibincangkan dalam bengkel ini, iaitu;
  1. Peranan dan Hala Tuju PNA
  2. Sejarah Kewujudan PNA & Keahlian PNA
  3. Pelan Tindakan Pembangunan Punan
  4. PNA pemangkin kemajuan PUNAN
Peserta yang dicadangkan adalah terdiri daripada Majlis Tertinggi PNA, Presiden dan Setiausaha setiap cawangan PNA, 2 orang wakil setiap kampung termasuk ketua kampung.

Bengkel seumpama ini adalah perlu bagi komuniti Punan berbincang masalah dalam komunitinya serta mengahadapi cabaran pembangunan sejagat selaras dengan pembangunan negara seiring dengan wawasan 2020.

Thursday, October 30, 2008

Geran RM30,000.00 daripada Samling kepada Dana PNA

27 Oktober 2008, Miri: Sempena sambutan hari lahir ke 70 tahun Datuk Yaw Teck Seng pengasas Samling Global Limited telah memberi bantuan kewangan kepada beberapa Persatuan-Persatuan dari Bahagian Bintulu, Miri dan Limbang.

Program tersebut sebenarnya diadakan pada 26 Oktober 2008 yang bertempat di Eastwood Valley, Miri telah ditunda pada 27 Oktober 2008 kerana sempena sambutan Hari Lahir TYT Sarawak.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud Ketua Menteri dan timbalan Tan Sri Datuk Amar Dr George Chan. Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dijemput untuk menyampaikan cek tersebut kepada persatuan-persatuan.

Persatuan Kebangsaan Punan (PNA) turut menerima bantuan tersebut sejumlah RM30,000.00. Encik Sayang Kavang, Presiden PNA bagi pihak Persatuan berkata. " mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sumbangan syarikat terkemuka negera ini, PNA akan menggunakan bantuan ini sebaik mungkin demi pembangunan menyeluruh komuniti Punan di Sarawak."

Tuesday, October 21, 2008

Anak beranak artis Punan memenangi anugerah Dayak music awards (DAMA) 2008

(Joseph- Memenangi Anugerah Lirik Terbaik)
(Lek- Memenangi Anugerah Artis Harapan)
(Flora- Calon Artis Harapan)
Daripada 3 percalonan artis pertama Punan, 2 daripadanya berjaya membawa pulang 2 anugerah DAMA 2008 kategori Orang Ulu baru-baru ini di Hotel Hilton Kuching.
Tiga Artis Baru Punan tersebut adalah Joseph, Flora dan Lek. Ketiga-tiga artis ini baru mengeluarkan album awal tahun ini di bawah naungan Urai.
Joseph yang merupakan bapa kepada Lek telah menjuarai anugerah Lirik Terbaik, manakala Lek memenangi anugerah artis harapan.

(Sumber: The Sunday Post pada 12 Oktober 2008)



Monday, October 20, 2008

Ucapan penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan dan bantuan kebakaran

Kesempatan ini Saya menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua yang yang telah membantu dan memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran kampung masyarakat Punan seawal tahun ini. Kampung yang terlibat adalah Kampung Punan Bah, Kampung Punan Biau (Jelutong) dan Kampung Ado kakus. Hasil sumbangan semua, sebanyak sedikit meringankan bebanan mangsa yang terlibat.
Penghargai ini adalah kepada: YB Liwan lagang DUN Belaga, Samling Global Limited, Gabung, KTS, Mercy Malaysia, Hua Chan Sauce Factory, Meng Chwen, seorang Lecturer di Sunway University College, Punan.info dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

DARIPADA;
ENCIK SAYANG KAVANG
PRESIDEN PNA

Pelancaran PNA Cawangan Kakus

May 25, 2008, PUNAN.INFO: Pelancaran PNA Cawangan Kakus, Tatau telah berjaya disempurnakan oleh wakil rakyat ADUN Kakus iaitu YB John Sikie Tayai di Rumah Ado, Kakus. Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut adalah Presiden PNA En Syang Kavang dan beberapa presiden cawangan PNA.

Pada majlis tersebut YB John Sikie Tayai berjanji menyampaikan RM7,00.00 sebagai geran peruntukan kepada PNA. Presiden PNA turut merkamkan terima kasih di atas kesudian YB hadiri menyempurnakan maljis tersebut dan geran tersebu.

Presiden PNA Encik Sayang Kavang (kanan) berbincang sesuatu dengan YB John Sikie Tayai

Wednesday, October 15, 2008

CAWANGAN PNA

PNA DOWNLOADS

  1. BORANG PENDAFTARAN KEAHLIAN
  2. LAGU PNA (BATU KOU BENGESAK KU)
  3. BORANG PERMOHONAN BANTUAN KEBAJIKAN BULANAN
  4. TABUNG AMANAH BAKUN (PERSEKOLAHAN)
  5. TABUNG AMANA BAKUN (IPTA/IPTS)

ORGANISASI MAJLIS TERTINGGI PNA

Presiden

ASP (B) Sayang Kavang

Timbalan Presiden

Encik Salim Pai

Setiausaha Kehormat

Encik Donny Dhwie

Penolong Setiausaha Kehormat

Bendahari

Penolong Bendahari

Pegawai Penerangan/ Publisiti

Penolong Pegawai Penerangan/ Publisiti

Pegawai Kebajikan

Penolong Pegawai Kebajikan

Ahli Jawatankuasa

AKTIVITI PNA 2009

DFGDFGDFGD

LAGU PNA

PNA (BATU KOU BENGESAK KU)
PNA (heart of my people)

P...NA
SAN TOPAT PUNAN,
ELAK JADEI TE'NUAN, IGET TOPAT MELAYKAN,
UBA DUNYA TILA UVA.

P... NA
TUKUNG TUYUNG TOPAT,
ELAK NUAN SEKADAT, NUAN TAPAT PETATAT,
MINAU PE'AWAK BENGESA.

C/O:
SAMA PEGOM LONGO, SAMA PE'IYAK TAGO,
INA BARUK DENGEY TOPAT GELA LISO,
BATOAK JOT MEMO'U, DUANG GALAI PELIVU,
INA BARUK TOPAT ELAK MAJU.

P...NA
MASANG TERUI MAJU,
SAJAK EANG PESUVA, EANG MUDA MENGALA,
BATU KO'U BENGESA KU,
JIE KAYO JIE TUJU (2X)

LAGU/LIRIK: MANAI JOSEPH
(OMAN LEK)PNA SIBU

LOGO PNA

PENERANGAN LOGO

  1. Kelirieng:Batu Ko’u:

  2. Bulu’ Kesut:

  3. Warna Putih:

  4. Warna Kuning:

  5. Warna Hitam:

  6. PNA: Punan National Association

KEAHLIAN PNA

SYARAT KEAHLIAN
  1. Kod etnik 1010: Punan
  2. Ibu atau bapa adalah Punan
  3. Berumur 18 tahun dan ke atas
  4. Sah dengan mengisi borang pendaftaran keahlian.

YURAN KEAHLIAN

  1. Bandar RM20.00
  2. Luar Bandar RM3.00

OBJEKTIF PNA

SASDASDASDS

AMALAT BERDAFTAR

No. 5,
Taman Megajuta,
Lorong 1C1,
Batu Kawa,
93250 Kuching, Sarawak.

Friday, June 6, 2008

Sejarah Ringkas Penubuhan PNA

  • Idea awal penubuhan pertubuhan Persatuan Punan oleh En. Sayang Kavang pada tahun 1980
  • Rentetan idea, disambut begitu baik oleh En. Salim Paid an sekaligus mengilhamkan idea untuk menggumpulkan warga punan yang ada di sekitar kuching.
  • Pada 2 Julai 2005, saya berusaha menggumpulkan warga Punan yang ada di Kuching, kemudian melangsungkan mesyuarat pertama di Hotel Telang usan, Kuching.
  • Mesyuarat tersebut dihadiri seramai 22 orang. Kehadiran ada disertakan pada minit mesyuarat Persatuan yang pertama
  • Cadangan pertama nama persatuan adalah seperti;
  1. Persatuan Kebangsaan Punan Malaysia (PKPM)
  2. Persatuan Punan Sarawak (PPS)
  3. Persatuan Kebangsaan Punan (PNA)
  4. Suara ramai mempersetujui - PNA
  • Sebaik sahaja selepas mesyuarat, langkah seterusnya menulis kertas cadangan PNA.
  • Setelah lengkap barulah menghantar dokumen surat PNA pada 14 September 2005
  • Kemudian menulis surat susulan ke ROS pada 01 Ogos 2006
  • Menulis surat susulan ke ROS pada 11 Oktober 2006
  • Menulis surat susualan ke ROS pada 11 November 2006
  • Pada 18 Mei 2006, PNA ditolak atas dasar tidak mempunyai syarat- syarat bahawa keahlian persatuan untuk peringkat kebangsaan mestilah dianggotai dari 7 negeri yang berbeza. Surat tersebut berujukan (PPP/SWK.170/05/(5)), (PPM/ SWK. 2179/05(2)
  • Pada 3 julai 2006, surat tergempar atas memberi maklum balas surat dari ROS yang berujukan (PPM/ SW 2179/05(2)).
  • Sebaik sahaja surat tersebut dihantar sebulan kemudian, surat susulan juga dihantar ke ROS (putra Jaya)
  • Akhirnya, PNA diluluskan oleh ROS pada 16 Januari 2007.
  • Lantaran itu PNA HQ Kuching menghantar wakil PNA Putra Jaya untuk mengambil sijil pendaftaran PNA pada 23 Januari 2007.

Sunday, February 17, 2008

Rumah Panjang Punan

Dari segi demografi Etnik Punan di Sarawak hanya wujud di bahgian tengah Sarawak, iaitu di bahagian Kapit dan Bahagian Bintulu Sarawak. Kini, terdapat 7 buah rumah panjang etnik ini, iaitu seperti berikut;

BAHAGIAN KAPIT, SARAWAK
  1. Punan Sama, Belaga
  2. Punan Biau, Belaga.
  3. Punan Bah, Belaga.

BAHAGIAN BINTULU, SARAWAK

  1. Punan Lirung Belang, Tatau
  2. Punan Mina, Tatau.
  3. Punan Pedan, Pandan
  4. Punan Jelalong

Saturday, February 9, 2008

RESOLUSI DASAR POLITIK PNA

  1. Mengeratkan hubungan antara cawangan dengan ibu pejabat PNA. Dengan hubungan yang erat ini akan memperkukuhkan institusi dan kepimpinan PNA agar dihormati oleh komuniti yang lain dan ahli-ahlinya.
  2. Menjadikan PNA sebagai platform tunggal bagi Komuniti Punan untuk menyuarakan kemahuan, keinginan, masalah dan sebagainya. Sebagai satu wadah untuk meuar-uarkan pencapaian Punan kepada masyarakat umum.
  3. Memperkukuhkan semangat perpaduan di kalangan komuniti Punan tidak mengirakan perbezaan kampung, tempat, agama dan sebarang halangan seumpmanya.
  4. Menjadikan PNA sebagai sumber informasi dan menjadi perwakilan komuniti Punan dengan agensi kerajaan, Ngo’s, Persatuan-Persatuan dan agensi lain yang berkaitan.
  5. Menjalinkan hubungan yang baik dengan agensi kerajaan, Ngo’s, Persatuan-Persatuan dan agensi lain yang berkaitan.
  6. Menyokong penuh kepada mana-mana pemimpin komuniti Punan yang telah berjaya dalam mana-mana jawatan politik seperti Pemanca, Penghulu, Counselor dll.
  7. Bekerjasama dengan kepimpinan ketua kampung dalam meningkatkan mutu pentadbiran dan kemajuan kampung.