Thursday, November 20, 2008

Projek bekalan elektrik di Kapit RM1.29 juta

UTUSAN MELAYSIA: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sedang melaksanakan projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) bernilai RM1.29 juta di Kapit, Sarawak.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu Belaun berkata, projek itu bakal memberi manfaat kepada 255 buah rumah di kawasan tersebut.
''Setakat ini, proses reka bentuk sedang dijalankan dan dijangka siap Oktober tahun depan," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit) mengenai projek infrastruktur asas yang telah diluluskan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi kawasan Kapit pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau memberitahu, bagi projek jalan pula, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM50.60 juta bagi membina jalan di laluan sepanjang 18.20 kilometer.

''Buat masa ini, proses perolehan sedang dilaksanakan dan dijangka kerja-kerja pembinaan
dapat dimulakan pada Februari 2009," ujarnya.

Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan Alexander mengenai dasar kementerian berhubung bekalan elektrik di rumah panjang, beliau berkata, kerajaan tidak dapat melaksanakan bekalan kemudahan itu melalui grid antara lima hingga 10 tahun.

Joseph berkata, sebagai bekalan alternatif, kerajaan menggunakan sistem solar, winterbind
minihidro dan microhidro bagi menyalurkan kemudahan tersebut.

''Bagaimanapun, sekiranya kesemua sistem itu masih tidak boleh dilaksanakan, kita akan
membenarkan bekalan elektrik disalurkan melalui set sistem generator," jelasnya.

No comments: