Saturday, November 8, 2008

Tema dan Perspektif Keruangan dalam Geografi : Kajian Kes Kampung (Rumah Panjang) Punan Bah, Belaga, Sarawak.

Kelovi Punan Bah: Geografi memberi pandangan asas tentang dunia tempat tinggal kita dan cara manusia mengorganisasikan ruang. Alexander von Humboldt dan Carl Ritter yang terkenal sebagai bapa geografi fizikal dan manusia pernah mengatakan bahawa tugas yang paling wajar bagi ahli geografi ialah penerangan dunia sebagai tempat kediaman manusia (Pangiras Micheal: 1994: 10). Perspektif keruangan pula adalah suatu unsur yang amat penting untuk memahami segala kegiatan manusia yang berlaku di permukaan bumi dan juga untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan tersebut (Chan Ngai Weng et.al. : 1993: 88). Sifat-sifat keruangan menarik minat ahli geografi untuk mengkaji bagaimana tempat, barang, orang, benda dan sebagainya berada, terorganisasi dan tersusun di muka bumi. Minat geografi terhadap aspek ruang membawa ahli geografi kepada pertanyaan asas geografi seperti “why of where”, kenapa dan bagaimana sesuatu boleh berlaku di sesuatu tempat dan menghasilkan sesuatu pola atau bentuk? Bagaimana sesuatu boleh berada di sesuatu tempat dan tidak di tempat lain? Sejauh manakah sesuatu yang berbeza di sesuatu tempat boleh mempengaruhi tempat lain? Pertanyaan asas geografi inilah yang akan membantu kita untuk memahami dunia kita (De Blij & Murphy: 2003: 5-7).
MAKLUMAN LANJUT...... KLIK SINI.

No comments: