Thursday, November 20, 2008

Projek bekalan elektrik di Kapit RM1.29 juta

UTUSAN MELAYSIA: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sedang melaksanakan projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) bernilai RM1.29 juta di Kapit, Sarawak.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu Belaun berkata, projek itu bakal memberi manfaat kepada 255 buah rumah di kawasan tersebut.
''Setakat ini, proses reka bentuk sedang dijalankan dan dijangka siap Oktober tahun depan," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit) mengenai projek infrastruktur asas yang telah diluluskan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi kawasan Kapit pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau memberitahu, bagi projek jalan pula, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM50.60 juta bagi membina jalan di laluan sepanjang 18.20 kilometer.

''Buat masa ini, proses perolehan sedang dilaksanakan dan dijangka kerja-kerja pembinaan
dapat dimulakan pada Februari 2009," ujarnya.

Sementara itu, ketika menjawab soalan tambahan Alexander mengenai dasar kementerian berhubung bekalan elektrik di rumah panjang, beliau berkata, kerajaan tidak dapat melaksanakan bekalan kemudahan itu melalui grid antara lima hingga 10 tahun.

Joseph berkata, sebagai bekalan alternatif, kerajaan menggunakan sistem solar, winterbind
minihidro dan microhidro bagi menyalurkan kemudahan tersebut.

''Bagaimanapun, sekiranya kesemua sistem itu masih tidak boleh dilaksanakan, kita akan
membenarkan bekalan elektrik disalurkan melalui set sistem generator," jelasnya.

Saturday, November 8, 2008

Tema dan Perspektif Keruangan dalam Geografi : Kajian Kes Kampung (Rumah Panjang) Punan Bah, Belaga, Sarawak.

Kelovi Punan Bah: Geografi memberi pandangan asas tentang dunia tempat tinggal kita dan cara manusia mengorganisasikan ruang. Alexander von Humboldt dan Carl Ritter yang terkenal sebagai bapa geografi fizikal dan manusia pernah mengatakan bahawa tugas yang paling wajar bagi ahli geografi ialah penerangan dunia sebagai tempat kediaman manusia (Pangiras Micheal: 1994: 10). Perspektif keruangan pula adalah suatu unsur yang amat penting untuk memahami segala kegiatan manusia yang berlaku di permukaan bumi dan juga untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan tersebut (Chan Ngai Weng et.al. : 1993: 88). Sifat-sifat keruangan menarik minat ahli geografi untuk mengkaji bagaimana tempat, barang, orang, benda dan sebagainya berada, terorganisasi dan tersusun di muka bumi. Minat geografi terhadap aspek ruang membawa ahli geografi kepada pertanyaan asas geografi seperti “why of where”, kenapa dan bagaimana sesuatu boleh berlaku di sesuatu tempat dan menghasilkan sesuatu pola atau bentuk? Bagaimana sesuatu boleh berada di sesuatu tempat dan tidak di tempat lain? Sejauh manakah sesuatu yang berbeza di sesuatu tempat boleh mempengaruhi tempat lain? Pertanyaan asas geografi inilah yang akan membantu kita untuk memahami dunia kita (De Blij & Murphy: 2003: 5-7).
MAKLUMAN LANJUT...... KLIK SINI.

Thursday, November 6, 2008

"wayang pacak" kembali di Kapit

KELING MENUA: Datuk Ahmad Shabery Cheek baru-baru ini melawat Pekan Kapit bagi majlis perasmian "Layar Bestari" yang antara lainnya memperkenalkan semula "wayang pacak", satu acara tayangan wayang gambar oleh Jabatan Penerangan untuk orang ramai.

Semasa lawatan tersebut Ahmad Shabery berjanji akan membantu masyarakat tempatan dalam permohonan mendapatkan keperluan asas seperti jalan raya, liputan Internet dan siaran radio dan televisyen yang lebih baik. Katanya acara wayang pacak itu boleh diadakan di kawasan pedalaman lain di Sarawak seperti di Belaga atau di Pensiangan di Sabah.
Rombongan Ahmad Shabery termasuk Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Datuk Kamaruddin Siaraf dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Abdullah Murad. Anggota Parlimen Kapit, Alexander Nanta Linggi, yang merupakan cucu Jugah, menghargai lawatan Ahmad Shabery itu kerana menteri berkenaan sanggup mengharungi perjalanan yang agak sukar untuk sampai ke Kapit.

Obama Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat

UTUSAN MALAYSIA: Barack Obama, hari ini memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS), sekali gus mencipta sejarah sebagai Presiden kulit hitam pertama AS dalam tempoh 232 tahun sejak negara itu mencapai kemerdekaan dari Britain.

Obama, 47, yang mewakili Parti Demokrat mengetepikan pencabar kuat daripada Parti Republikan, John McCain dengan membolot 349 undi Badan Perwakilan Pemilih (BPP) di seluruh negara melepasi undi minimum sebanyak 270 undi BPP bagi melayakkan seseorang calon untuk diisytihar menang bagi menduduki White House.

McCain yang bergandingan dengan Gabenor Alaska, Sarah Heath Palin sebagai calon Naib Presiden hanya memperoleh 163 undi BPP.

Monday, November 3, 2008

Bengkel Pemantapan Hala Tuju PNA 2008

Majlis Tertinggi PNA bercadang untuk mengadakan Bengkel Pemantapan Hala Tuju PNA pada 20 Disember 2008 bertempat di Bahagian Sibu. Tujuan diadakan bengkel ini adalah untuk berbincang dan berkongsi pandangan/ pengetahuan bagi memantap hala tuju PNA dalam pembangunan komunti PUNAN.

Dicadangkan 4 kertas perbentangan akan dibincangkan dalam bengkel ini, iaitu;
  1. Peranan dan Hala Tuju PNA
  2. Sejarah Kewujudan PNA & Keahlian PNA
  3. Pelan Tindakan Pembangunan Punan
  4. PNA pemangkin kemajuan PUNAN
Peserta yang dicadangkan adalah terdiri daripada Majlis Tertinggi PNA, Presiden dan Setiausaha setiap cawangan PNA, 2 orang wakil setiap kampung termasuk ketua kampung.

Bengkel seumpama ini adalah perlu bagi komuniti Punan berbincang masalah dalam komunitinya serta mengahadapi cabaran pembangunan sejagat selaras dengan pembangunan negara seiring dengan wawasan 2020.