Sunday, February 17, 2008

Rumah Panjang Punan

Dari segi demografi Etnik Punan di Sarawak hanya wujud di bahgian tengah Sarawak, iaitu di bahagian Kapit dan Bahagian Bintulu Sarawak. Kini, terdapat 7 buah rumah panjang etnik ini, iaitu seperti berikut;

BAHAGIAN KAPIT, SARAWAK
  1. Punan Sama, Belaga
  2. Punan Biau, Belaga.
  3. Punan Bah, Belaga.

BAHAGIAN BINTULU, SARAWAK

  1. Punan Lirung Belang, Tatau
  2. Punan Mina, Tatau.
  3. Punan Pedan, Pandan
  4. Punan Jelalong

Saturday, February 9, 2008

RESOLUSI DASAR POLITIK PNA

  1. Mengeratkan hubungan antara cawangan dengan ibu pejabat PNA. Dengan hubungan yang erat ini akan memperkukuhkan institusi dan kepimpinan PNA agar dihormati oleh komuniti yang lain dan ahli-ahlinya.
  2. Menjadikan PNA sebagai platform tunggal bagi Komuniti Punan untuk menyuarakan kemahuan, keinginan, masalah dan sebagainya. Sebagai satu wadah untuk meuar-uarkan pencapaian Punan kepada masyarakat umum.
  3. Memperkukuhkan semangat perpaduan di kalangan komuniti Punan tidak mengirakan perbezaan kampung, tempat, agama dan sebarang halangan seumpmanya.
  4. Menjadikan PNA sebagai sumber informasi dan menjadi perwakilan komuniti Punan dengan agensi kerajaan, Ngo’s, Persatuan-Persatuan dan agensi lain yang berkaitan.
  5. Menjalinkan hubungan yang baik dengan agensi kerajaan, Ngo’s, Persatuan-Persatuan dan agensi lain yang berkaitan.
  6. Menyokong penuh kepada mana-mana pemimpin komuniti Punan yang telah berjaya dalam mana-mana jawatan politik seperti Pemanca, Penghulu, Counselor dll.
  7. Bekerjasama dengan kepimpinan ketua kampung dalam meningkatkan mutu pentadbiran dan kemajuan kampung.