Thursday, October 30, 2008

Geran RM30,000.00 daripada Samling kepada Dana PNA

27 Oktober 2008, Miri: Sempena sambutan hari lahir ke 70 tahun Datuk Yaw Teck Seng pengasas Samling Global Limited telah memberi bantuan kewangan kepada beberapa Persatuan-Persatuan dari Bahagian Bintulu, Miri dan Limbang.

Program tersebut sebenarnya diadakan pada 26 Oktober 2008 yang bertempat di Eastwood Valley, Miri telah ditunda pada 27 Oktober 2008 kerana sempena sambutan Hari Lahir TYT Sarawak.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud Ketua Menteri dan timbalan Tan Sri Datuk Amar Dr George Chan. Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dijemput untuk menyampaikan cek tersebut kepada persatuan-persatuan.

Persatuan Kebangsaan Punan (PNA) turut menerima bantuan tersebut sejumlah RM30,000.00. Encik Sayang Kavang, Presiden PNA bagi pihak Persatuan berkata. " mengucapkan berbanyak terima kasih di atas sumbangan syarikat terkemuka negera ini, PNA akan menggunakan bantuan ini sebaik mungkin demi pembangunan menyeluruh komuniti Punan di Sarawak."

No comments: