Sembilan persatuan etnik Orang Ulu telah menyertai dan menjadi ahli kepada Federation of Orang Ulu Association Sarawak, Malaysia (FORUM). Presiden FORUM ialah Yb Lihan Jok Ahli DUN Telang Usan. Persatuan-persatuan Orang Ulu yang telah menyertai FORUM adalah seperti berikut;
- BERAWAN ASSOCIATION SARAWAK
- BISAYA ASSOCIATION SARAWAK
- LAKIPUT ASSOCIATION SARAWAK
- KAYAN ASSOCIATION SARAWAK
- KENYAH NASIONAL ASSOCIATION SARAWAK
- RURUN KELABIT SARAWAK
- LUN BAWANG ASSOCIATION SARAWAK
- SABAN KOMMUNITY ASSOCIATION SARAWAK dan
- PENAN COMMUNITY DEVELOPMENT ASSOCIATION SARAWAK
Kini terdapat dua Association bagi etnik-etnik Orang ULu bernaung selepas Orang Ulu National Association (OUNA).
Perbezaan kedua-dua Association ini adalah, keahlian OUNA adalah untuk individu manakala FORUM keahliannya kepada persatuan-persatuan etnik orang ulu. Tetapi fungsi kedua-dua association ini adalah sama, iaitu bagi kebajikan dan kepentingkan etnik Orang Ulu Sarawak.
Baru-baru ini, pada 10 dan 11 Januari FORUM bersama delagasinya melawat Kampung-kampung Orang Ulu di Sungai Asap, Belaga untuk menyampaikan informasi dan potensi projek SCORE bagi etnik orang ulu di Sarawak.
* orang ulu ialah nama kumpulan etnik di negeri Sarawak selain daripada etnik Melayu, Melanau, cina, bidayuh dan iban.
1 comment:
HELLO.
Kmk berminat nak kontek persatuan kitak untuk
http://www.facebook.com/notes/sejarah-sarawak/senarai-darul-hana-senarai-bangunan-monumen-tempat-dan-cadangan-untuk-dimasukkan/123347594360781
Harap kitak dapat kontek kmk balit. TK.
Suhana Lina
Sejarah sarawak facebook fanpage.
Post a Comment